SEPATUTNYA...
Sepatutnya
bicara kita
adalah butiran mutiara di dasar lautan
Sepatutnya
daya juang kita
adalah kilauan berlian
yang tak akan padam
Sepatutnya
ikhlas kita
adalah kerana Allah
Tuhan sekelian alam
Sepatutnya
suci hati kita
adalah embun dini
di negeri penuh keberkatan
Guru,
sabarmu adalh gelombang ombak
yang mengetuk dan membuka
gerbang kesedaran
riakmu adalah wajah laut
yang tabah dan tenang
menanggung beban ragam insan
Guru-guru,
membina insan dan kemanusiaan
adalah perjuangan
demi Allah tuhan sekelian alam
Saliza sms, Negeri Sembilan